Kesaksian Saudara Baharom

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Saudara dan saudari yang budiman!

Nama saya Baharom. Saya seorang bangsa Melayu dan saya telah dibesarkan di rantau ini juga. Saya berasal dari sebuah keluarga Melayu yang amat waraq keislamannya, berilmu dan cukup bertaqwa kepada Allah s.w.t. dalam segala perkara.

Sebagai contoh ketinggian mutu keimanan keluarga saya, ada beberapa ahli keluarga saya sendiri yang telah berkelayakan sebagai Imam, dan mereka juga menyandang jawatan itu secara profesional. Bagi diri saya sendiri, saya telah melalui pendidikan Islam yang cukup mantap, yang telah bermula sejak sebelum bangku Tadika lagi! Saya juga telah sandang jawatan ketua pemimpin Persatuan Islam di Institusi saya.

Satu lagi kegiatan kegemaran saya semasa di Institusi Pendidikan saya ialah untuk mencari orang-orang bukan Islam, terutamanya orang Kristian, untuk mencabar mereka dan juga memperolok-olokkan mereka. Oleh kerana Institusi saya itu mengandungi penuntut-penuntut berbilang bangsa dan kaum. Saya teringat seorang sahabat beragama Kristian sebaya dengan saya yang selalunya saya mengacau dan menganiaya semata-semata kerana dia seorang Kristian! Diantara tohmahan dan tuduhan yang lazim telah dilemparinya ialah agamanya sudah terpesong dan dia pula sudah tersesat jalan akidahnya. Tetapi beliau akan menangani semua tuduhan kosong ini dengan penuh tabah dan kesabaran! Adakala saya sendiri terharu dan hairan akan reaksinya kepada penganiayaan saya itu. Ada masa juga saya merasa malu kerana mengganggunya secara begitu.

Lazimnya, umat Kristian ini akan memberi balasan mereka yang amat berbeda dan tidak setimpal sekali dengan tohmahan dan penganiayaan yang kami lemparkan kepada mereka. Inilah perkara yang telah sangat menghairankan saya. Mereka akan membalas ejekan-ejekan dan tuduhan-tuduhan saya dengan pengampunan dan pemaafan yang lemah-lembut yang mencerminkan sikap panjang sabar dan kasih-sayang yang tulen! Ada juga di antara umat Kristian yang mendoakan bagi saya walau pun saya berkeras terhadap mereka.

Sebenarnya, tindakbalas mereka yang lemah-lembut itulah, antara lain, perkara yang menarik perhatian dan tumpuan saya kepada ajaran-ajaran sayyidina Isa al-Masih dan Kitab Suci Injil. Saya telah pun memperolehi sebuah Kitab Suci Injil dan membaca serta mengkajinya dengan secukup-cukupnya! Satu perkara lagi yang telah menyentuh hati saya bila saya membaca Al-Kitab itu ialah mengenai peristiwa kewafatan dan penyaliban Isa Al-Masih, tetapi saya akan menjelaskan ini di bahagian yang lain.

Sesudah beberapa bulan mengkaji ajaran Isa al-Masih itu dengan minda yang waras terbuka dan dengan hati yang ikhlas, saya pun telah berputus untuk memelukinya dengan sungguh-sungguh. Beberapa minggu sesudah saya membuat keputusan ini, telah datanglah macam-macam bantahan, kecoh dan penganiayaan ke atas diri dan peribadi saya. Dengan mengimbas kembali perbuatan saya dahulu keatas orang Kristian yang lain, saya dapat memahami sedikit sebanyak pengalaman yang mereka harungi dengan penganiayaan yang menimpa saya sendiri di tangan saudara-saudara Islam saya sendiri.

Akan tetapi, Tuhan Allah s.w.t. maha berkuasa dan maha adil lagi! Saya akan berkongsi dengan anda semua satu peristiwa di mana umat Islam telah mencuba menganiaya saya. Pada satu hari, saya telah diculik oleh sekumpulan orang-orang Islam yang boleh dianggap sebagai pelampau Muslim. Mereka lakukan ini kerana mereka mensyaki saya telah masuk Kristian.

Kumpulan pelampau Muslim ini telah menculik dan membawa saya secara paksa, pergi ke satu tempat yang cukup jauh dari tempat saya. Pada masa itu saya sudah pun menyerahkan jiwa raga saya ke dalam tangan Allah s.w.t dan saya yakin bahawa Dia akan memeliharakan saya. Apabila kami sudah sampai ke tempat yang ditujui oleh pelampau-pelampau Islam itu, saya telah dibawa berjumpa dengan seorang yang diandaikan mereka sebagai tokoh agama Islam.

Mereka telah menjelaskan kepada tokoh Islam ini, bahawa saya sudah murtad konon, dan mereka mintakan pertolongannya untuk mentaubatkan saya dan memalingkan saya kembali kepada Islam! Apakah pentaubatan itu dapat diadakan keatas sesiapapun dengan cara paksa begini?! Tetapi saudara dan saudari yang budiman, seperti saya sudah jelaskan di atas, Tuhan adalah maha adil dan maha kasih sayang kepada umat-Nya yang setia kepada kebenaran-Nya!

Apabila saya telah dihadapi berjumpa dengan si-Ustaz ini, beliau tidak menegur saya apa-apa pun, tetapi dia telah tumpukan perhatian dan syarahannya kepada pelampau-pelampau Muslim yang telah menculik saya itu! Dia telah menegur dan memarahi mereka kerana telah menculik saya, dan membawa saya berjumpa dengan ustaz itu secara paksa, syarahan beliau cukup panjang dan juga telah memalukan pelampau-pelampau itu. Akhir kata, Ustaz ini telah suruh mereka menghantarkan saya pulang segera dan supaya saya tidak diapa-apakan lagi! Syukur Alhamdulillah! Beliau tidak meneguri saya malah dia telah hidangkan saya dengan juadah ringan pula. Hallelujah! Segala kemuliaan kepada Tuhan yang mahakuasa!

Melalui pengalaman ini serta banyak yang lain, saya sudah yakin bahawa Allah telah berjuang bagi saya di saat-saat di mana saya sangat perlukan pertolongan-Nya dan pembelaan-Nya yang agung. Saya benar-benar boleh akui bersama-sama dengan seorang Kristian yang lain (yang dulunya Islam), yaitu Imam Pak Hamran Ambrie bahawa Tuhan adalah Pembela kami yang Agung!

Pengamatan Hakikat Kewafatan Sayyidina Isa dan PenyalibanNya

Satu perkara yang telah benar-benar menyentuh di hati dan minda saya ialah perkara kewafatan Isa Al-Masih dan khususnya penyalibannya.

Apabila kita mengamati hari-hari terakhir Al-Masih Isa di atas muka bumi ini seperti yang digambarkan di dalam Al-Quran, terdapat tiga nas yang mengesahkan tentang kewafatannya dan dua nas lain yang menyatakan bahawa dia telah dibunuh. Mari kita lihat tiga di antara mereka :

1.) Surah Al-Maryam 19 ayat 33- "Berbahagialah pada hari Aku dilahirkan, pada hari Aku diwafatkan dan pada hari Aku dibangkitkan kembali", ayat ini jelas mengatakan bahawa sayyidina Isa al-Masih telah dilahirkan, baginda juga telah diwafatkan dan dibangkitkan semula daripada kewafatannya, di dalam bentuk ramalan dan berdasarkan mukjizat. Ini bersetuju dengan teks di dalam Kitab Suci Injil yang juga merupakan Firman Allah.

2.) Surah Al-Imran 3 ayat 55- "Apabila Allah berfirman, "Hai Isa Anak Maryam! Aku mewafatkan engkau dan mengangkat engkau kepada-Ku dan akan menyucikan engkau daripada orang-orang yang tidak percaya, dan Aku menjadikan pengikutmu di atas orang-orang yang tidak percaya sehingga ke hari kiyamat."

3.) Surah Al-Maidah 5 ayat 117- Apabila Isa telah menjawab kepada firman Allah, " …Aku memberitahu kepada mereka (murid-murid Isa dan para hawariyyun) apa-apa yang Engkau perintahkan kepadaku…dan apabila Engkau telah mewafatkan aku, Engkaulah yang mengawas mereka (pengikut-pengikut Isa)."

Apa Kata Ulamak-ulamak dan para Mufasir Islam ?

Dari al-Quran Terjemahan Muhammad Asad:

Ulasan alim dan mufasir ini pada Nota kakinya bagi Surah 4/157 pula mengandungi kata-kata :

"Tidak terdapat di mana-mana tempat di dalam al-Quran apa-apa alasan bagi mengesahkan pendapat sesetengah para Muslim bahawa Allah telah mengangkat jasad Nabi Isa secara jasmaniah ke dalam Syurga."

"The Message of the Quran" Terbitan The Muslim World League of Makka, 1964, Edisi lengkap Dar al-Andalus, 1980, hal.135.

Pada ulasannya dalam halaman 134 pula, Muhammad Asad menafikan cerita bahawa kononnya Isa al-Masih telah digantikan oleh seorang lain dan pengganti itulah yang telah disalibkan, dia katakan bahawa pandangan ini adalah satu mitos dan dongeng belaka.

Terdapat juga sokongan dan persetujuan yang kuat daripada ulamak-ulamak Islam yang lain bagi pernyataan Muhammad Asad seperti di atas ini. Di antara mereka ialah Mufti Muhammad Abduh dari Mesir, Al-Ustaz Mustafa al-Maraghi, Ulamak Muhammad Farid Wajadi dan ahli mufasir Ahmad Al-`Ajuz dari Lubnan.

Di antara ulamak Islam ortodoks lebih terkenal yang juga telah mengulas hakikat kewafatan Isa al-Masih ialah Syaikh Imam Shaltut, bekas Mufti Besar Mesir dan Rektor Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir, yang sanggup berfatwa seperti berikut :

"Tidak terdapat alasan berwibawa berasaskan kepada al-Quran atau pun Sunnah yang boleh membenarkan kepercayaan bahawa Isa telah diangkat ke Syurga dengan jasadnya dan beliau masih hidup di sana dan beliau akan turun ke bumi dari sana pada Hari Qiyamat."
"Ayat-ayat al-Quran dalam nas tersebut (QS.4/157) menunjukkan bahawa Tuhan telah menjanjikan Isa bahawa beliau akan diwafatkan pada waktu yang ditetapkan, kemudian dimuliakan (diangkatkan) kepada hadhirat Allah (swt) sendiri dan seterusnya dilindungi daripada musuh-musuhnya. Janji ini sudah pun termakbul, Allah TELAH PUN MEWAFATKAN BAGINDA dan seterusnya memuliakannya ke dalam hadirat Allah s.w.t."
(Al-Fatawa, diterbitkan oleh Al-Idara al-‘Ama lil-Saqafat al-Islamiyya bil-Azhar, halaman 52-58)
 

Ada juga aliran-aliran seperti ahli Ahmadiyya yang memegang kepada hakikat kewafatan Isa di dunia ini 2000 tahun yang lalu. Aliran ini juga telah muncul daripada ajaran Islam ortodoks. Dari sini, dapat kita lihat bahawa dunia Islam dan tokoh-pujangganya hari ini sebenarnya tidak mempunyai kata sepakat dan fahaman yang sama serta pendirian bersepadu mengenai hakikat wafatnya Isa al-Masih.

Dalam perkataan lain, bersabit perkara PENYALIBAN ISA, dunia Islam mempunyai kemusykilan dan kecurigaan jelas tentang pendapat dan pemahaman mereka masing-masing dan tidak ada pendirian yang tentu dan yang pasti sesama tafsiran-tafsiran Islam menyentuh perkara kewafatan Sayyidina Isa di muka bumi!


Jelaslah dalam dunia Islam dan sumber-sumber Islam termasuk al-Quran, tidak mempunyai kata sepakat dan persetujuan yang cukup jitu tentang apa yang sebenarnya telah berlaku kepada sayidina Isa al-Masih pada hari-hari terakhir Baginda di Bumi ini! Sebenarnya, terbuktilah sumber Islam amatlah KELIRU dan KURANG PASTI pemahaman mereka mengenai hakikat ini! Sesungguhnya kekeliruan dan keraguan para mufasir Islam ini juga telah melahirkan banyak sekali salah-tafsir dan salah sangka yang ketara bersabit bukan sahaja dengan hakikat Penyaliban Isa, bahkan banyak lagi fenomena dan ajaran agama Kristian juga.

Oleh yang demikian, marilah kita tumpukan perhatian kita kepada sumber-sumber di dalam Kitab Suci Injil dan Al-Kitab, di mana TIDAK ADA apa-apa kekeliruan dan keraguan langsung tentang hayat, pelayanan dan kewafatan serta kebangkitan sayidina Isa al-Masih itu!

Keadaan sebaliknya wujud dalam dunia Kristian, kerana dalam Kitab Suci Injil tercatat pernyataan-pernyataan yang cukup jelas, tentu dan pasti mengenai hari-hari terakhir Sayidina Isa itu. Tidak ada apa-apa kecurigaan atau kemusykilan atau kekeliruan langsung dalam hal tersebut-sepertimana jelas terdapat di dalam al-Quran dan sumber-sumber Islam! Oleh itu, adalah berbaloi sekali bagi kita merujuk dan mengkaji catatan-catatan dari sumber-sumber Kristian untuk mencungkil perkara ini.

 

Apakah yang telah diajari dan dinyatakan oleh Sayidina Isa al-Masih Sendiri ?

Catatan daripada Kitab Suci Injil cukup penuh dengan rekod serta kata-kata Sayidina Isa sendiri mengenai kewafatan baginda semasa dia berada di Bumi ini bersama-sama dengan para hawariyun dan murid-murid baginda. Sebenarnya, Baginda sendiri telah bernubuat dan mengajar TIDAK KURANG DARIPADA TIGA KALI DALAM SEJARAH PELAYANAN BAGINDA MENGENAI KEWAFATANNYA DI TANGAN MANUSIA YANG AKAN BERLAKU PADA ZAMAN BAGINDA SENDIRI (Yakni 2000 tahun dahulu).

Isa al-Masih telah banyak kali memperingatkan sambil menerangkan kepada pengikut-pengikutnya bahawa misi baginda memestikan kewafatannya di atas kayu salib. Ini juga merupakan BUKTI tanpa apa-apa keraguan lagi, bahawa kewafatan baginda adalah satu misi utama dan tugas intipati kedatangan Isa dan ini diperkenankan Allah serta adalah kehendak-Nya bagi Isa. Maklumlah, al-Masih juga telah dengan jelasnya menyatakan di depan mata para pengikut-pengikutNya seperti berikut :

"Anak Manusia datang ke dunia bukan untuk dilayani, melainkan untuk melayani dan UNTUK MEMBERIKAN NYAWA-NYA UNTUK MENJADI TEBUSAN BAGI RAMAI ORANG."

Matius 20 ayat 28.

Al-Masih Isa telah mengajar para murid-murid baginda dan hawariyun

BERULANG-ULANG KALI HAKIKAT INI:

1] Matius 16: 21- "Sejak itu Isa mula berkata dengan terus terang kepada pengikut-pengikutnya, "Aku harus pergi ke Baitul Maqqdis dan mengalami banyak penderitaan yang disebabkan oleh para pemimpin masyarakat, ketua Imam dan guru Taurat. Aku akan dibunuh tetapi pada hari ketiga Aku akan dibangkitkan semula!"

2] Matius 17: 22- "Apabila semua pengikut Isa berkumpul di Galilea, Isa berkata kepada mereka "Tidak lama lagi Anak manusia akan diserahkan ke dalam kekuasaan manusia. Dia akan dibunuh, tetapi pada hari ketiga, Dia akan dibangkitkan semula." Oleh itu pengikut-pengikutnya berdukacita.

3] Matius 26: 1-2 - "Setelah Isa mengajarkan semuanya itu, Dia berkata kepada pengikut-pengikutnya, "Kamu tahu bahawa dua hari lagi perayaan Paska akan dirayakan, dan anak manusia (yakni Isa) akan diserahkan untuk disalibkan!"

4] Markus 8: 31- "Kemudian Isa mula mengajar pengikut-pengikutnya, "Anak manusia mesti mengalami banyak penderitaan, dan tidak akan diterima oleh pemimpin masyarakat, ketua Imam dan guru Taurat. Dia akan dibunuh, tetapi selepas tiga hari, Dia akan bangkit semula."

5] Markus 9: 31-"Kerana Dia sedang mengajar pengikut-pengikutnya. Dia berkata, "Anak Manusia akan diserahkan ke dalam kekuasaan manusia, lalu Dia akan dibunuh, tetapi tiga hari kemudian Dia akan bangkit semula."

6] Markus 10: 32 - 34- "Isa dan pengikut-pengikutnya sedang dalam perjalanan ke Yerusalem. Isa berjalan di hadapan, sementara pengikut-pengikutnya mengikutinya dengan cemas. Orang ramai yang mengikut mereka pun takut. Sekali lagi Isa memanggil pengikut-pengikutnya ke tepi, lalu berkata kepada mereka tentang apa yang akan berlaku terhadap dirinya. "Dengarlah!" katanya, "Kita sekarang sedang menuju ke Baitul Muqqadis. Di situ Anak Manusia (yakni Isa) akan diserahkan kepada para ketua Imam dan guru Taurat. Mereka akan menjatuhkan hukuman mati kepadaNya, lalu menyerahkan Dia kepada orang bukan Yahudi. Mereka akan mengolok-olok Dia, meludahi Dia, menyesahkan Dia dan membunuh Dia. Tetapi selepas tiga hari Dia akan bangkit semula!"

7] Lukas 9: 22 - "Isa berkata juga, "Anak manusia mesti mengalami banyak penderitaan, serta ditentang oleh para pemimpin masyarakat, ketua Imam dan guru Taurat. Dia akan dibunuh tetapi pada hari ketiga Dia akan dibangkitkan"

Nas Kitab Suci telah mencatatkan pernyataan-pernyataan, ajaran serta penjelasan yang telah diucapkan sayidina Isa al-Masih berulang-ulang kali bersabit tentang pembunuhan dan kewafatan baginda yang akan terjadi DI ZAMAN BAGINDA SENDIRI semasa Dia berada dengan anak-anak muridnya.

Apakah sebenarnya yang telah Isa mengajari para pengikut-pengikutNya yang terdekat tentang hal ini?

Marilah kita meneliti dan merenungi bersama-sama pernyataan-pernyataan dan kata-kata baginda bersabit dengan perkara ini.

Baginda telah mengajar dan menjelaskan hakikat tentang identiti baginda yang sebenar sesudah para Hawariyun memberi jawapan mereka kepada soalan-soalannya.

Matius 16 ayat 15 : Isa telah bertanya para muridNya,

'Menurut kamu, siapakah Aku ini?'

16. Simon Petrus menjawab, 'Guru ialah Penyelamat yang diutus oleh Allah,

Anak Allah Yang Hidup.' 

17. Isa berkata, 'Berbahagialah engkau, Simon anak Yohanes! Yang memberitahumu bukannya manusia tetapi Bapa-Ku di syurga.

18. Oleh itu ketahuilah engkau Petrus, batu yang kukuh, dengan asas batu inilah akan kubina jemaah-Ku. Maut pun tidak dapat merobohkannya. 

19. Aku akan memberikan kunci Kerajaan Syurga Allah kepadamu. Apa yang kau ikat di dunia akan diikat juga di syurga. Apa yang kau uraikan di dunia akan diuraikan juga di syurga.

Sayidina Isa telah memberitahu murid-muridnya tentang kewafatan-Nya - Sebaik sahaja mereka telah mengenali identitinya yang sebenar dan juga mengidentifikasikan Baginda sebagai AL-MASIH;

Matius 16 ayat 21-23, dll :

21. Sejak itu, Isa mula berkata terus-terang kepada para pengikut-Nya bahawa Dia harus pergi ke Yerusalem (Baitul Maqddis) dan menanggung banyak penderitaan yang di tangan pemimpin masyarakat, ketua imam, dan guru Taurat, dan Dia akan dibunuh, tetapi pada hari ketiga Dia akan bangkit semula.

Perhatikanlah reaksi Petrus (yaitu Simon anak Yohanes-ketua hawariyun) kepada apa yang telah dimaklumkan oleh Sayidina Isa kepada mereka:

22. Petrus telah menarik Sayidina Isa ke tepi lalu menegur-Nya, 'Tuhan, semoga Allah jauhi semua itu daripada-Mu! Semua itu TIDAK BOLEH BERLAKU KEPADA-MU!'

Sekarang lihatlah bagaimana Sayidina Isa al-Masih memberi teguran yang amat keras sekali kepada Simon anak Yohanes atas jawapannya itu! Serta nama yang telah digelarkan kepada Simon!

23. Isa berpaling sambil berkata kepada Petrus, 'Nyahlah (Pergilah) dari sini, SANG IBLIS! Engkau ADALAH BATU RINTANGAN kepada Aku kerana alasanmu itu berpunca daripada manusia, tetapi bukanlah kehendak yang diperkenankan Allah!'


Apabila Simon anak Yohanes telah mencuba mengelak sayidina Isa daripada menghadapi hakikat penganiayaan, penderitaan dan seterusnya penyalibannya di kota Yerusalem, beliau telah dimarahi dan ditegur sekeras-kerasnya oleh Sayidina Isa! Sehingga al-Masih Isa telah menggelarkannya 'Iblis' atau syaitan!  

MENGAPAKAH SEHINGGA BEGINI? Oleh kerana sikap dan kata-kata yang diucapkan si Simon pada saat itu merupakan satu pencubaan menghalang sayidina Isa daripada penyaliban baginda di atas Salib. Tetapi. Sebaliknya, penderitaan dan kewafatan yang berulang-kali telah dinyatakan oleh Sayidina Isa adalah satu-satunya ketetapan sebagai memenuhi dan menepati kehendak Allah bagi Isa, yang akan juga merupakan pengingkaran baginda kepada perintah Allah jikalau peristiwa tersebut TIDAK berlaku - Matius 20 ayat 28.

Simon anak Yohanes tidak rela melihat Isa al-Masih ditangkap, dianiaya dan menderita di tangan manusia. Lebih-lebih lagi, beliau tidak rela dan tidak ingin sama sekali untuk Rabbinya Isa al-Masih wafat di tangan Manusia! Untuk Simon, penderitaan ini sangat terhina dan memalukan untuk diharungi Al-Masih Isa yang telah dipilih oleh Allah s.w.t.

Saudaraku yang dihormati, saya pernah berfikir dan bersikap sebulat suara seperti Simon ibni Yohanes itu! Dan umat Islam pada hari ini (dan juga di zaman dahulu) semuanya berhemat dan berpendapat sama sahaja seperti ketua hawariyun ini! Kami tidak mahu hamba dan rasul terpilih Allah dihinakan dan diperkecilkan, bukan? Kerana itulah Simon Petrus telah cuba menghalang Sayidina Isa daripada ditangkap oleh musuh-musuhnya, dianiayakan dan seterusnya wafat di atas salib akibat penyaliban di tangan mereka.

Akan tetapi saudaraku, SEBENARNYA demi peristiwa itulah maka digenapi dan terkabullah kehendak Allah bagi Al-Masih Isa! Baginda sendiri telah menyatakannya secara terus terang:

54. 'Bukankah peristiwa-peristiwa ini mesti berlaku supaya apa yang disabdakan di dalam Firman Allah ternyata benar dan dikabulkan?’

55. 'Kemudian Isa berkata kepada orang yang banyak itu -yang telah datang untuk menangkap Isa, ‘Patutkah kamu datang, bagaikan hendak menangkap perompak, dengan pedang dan belantan, untuk membawa-Ku pergi? Hari demi hari Aku duduk bersama-samamu, mengajar di rumah ibadat, dan kamu tidak menangkap-Ku.

56. 'Tetapi segala ini telah terjadi untuk mengenapi dan mengkabulkan

apa yang
telah dinubuatkan di dalam Al-Kitab dan sabda Nabi-nabi.

Matius 6 ayat 54 - 56.

Saudaraku yang budiman, terdapat banyak nubuat-nubuat yang telah diramalkan oleh nabi-nabi Allah sebelum datangnya Firman Allah yang hidup itu - yakni Isa Al-Masih Kalimatullah. Di antara nabi-nabi yang terkenal dan dikagumi umat Allah ialah Nabi Yesaya. Baginda telah bernubuat selama 700 tahun sebelum kedatangan Isa Al-Masih. Marilah kita bersama-sama renungi nubuat 'Hamba Allah yang Menderita' yang terkandung dalam fasal 53 Kitab Nabi Yesaya.

3 Dia dihina dan dihindari orang, seorang yang penuh kesengsaraan dan yang BIASA MENDERITA KESAKITAN; dia sangat dihina, sehingga orang menutup mukanya terhadap dia, dan bagi kita pun dia tidak masuk hitungan.
4 Tetapi sesungguhnya, penyakit KITALAH yang ditanggungnya, dan
KESENGSARAAN KITA YANG DIPIKULNYA,
padahal kita mengira Dia kena tulah, dipukul dan ditindas Allah.
5 Tetapi Dia tertikam OLEH KERANA PEMBERONTAKAN KITA, dia diremukkan oleh kerana kejahatan kita; GANJARAN YANG MENDATANGKAN KESELAMATAN BAGI KITA DITIMPAKAN KEPADANYA,
dan OLEH BILUR-BILURNYA KITA MENJADI SEMBUH.
6 Kita sekalian sesat seperti domba, masing-masing kita mengambil jalannya sendiri, TETAPI TUHAN TELAH MENIMPAKAN KEPADANYA, KEJAHATAN KITA SEKALIAN.
7 Dia dianiaya, tetapi dia membiarkan diri ditindas dan tidak membuka mulutnya, SEPERTI ANAK DOMBA YANG DIBAWA KE PEMBANTAIAN; seperti induk domba yang kelu di depan orang-orang yang menggunting bulunya, DIA TIDAK MEMBUKA MULUTNYA.
8 Sesudah PENAHANAN dan PENGHUKUMAN dia terambil, dan tentang nasibnya siapakah yang memikirkannya?
SUNGGUH, DIA TERPUTUS DARI NEGERI ORANG YANG HIDUP, DAN KERANA PEMBERONTAKAN UMATKU, DIA KENA TULAH.
9 Orang menempatkan kuburnya di antara orang-orang fasik, dan
DALAM WAFATNYA DIA ADA DI ANTARA PENJAHAT-PENJAHAT. Sekali pun dia tidak berbuat kekerasan dan tipu daya tidak ada dalam mulutnya.

Yesaya 53 ayat 3 - 9

 

Nabi Yesaya telah memberikan nubuat ini 700 tahun SEBELUM kedatangan al-Masih Isa! Petikan ini tercatit dalam kitab Suci Taurat dan Nabi-nabi Israel yang masih dipakai umat Yahudi sampai hari ini. Adakah kita mempunyai bukti dan dalil kukuh untuk kesahihan nubuat Yesaya ini?

Jawapannya ADA! Alhamdulillah! Dengan penemuan ahli-ahli dan pakar Kajipurba arkeologi di kawasan Laut Mati dekat dengan BaitulMaqddis, koleksi Dead Sea Scrolls yaitu Skrol-skrol Laut Mati yang telah mula-mula di jumpa pada tahun 1948 T.M. telah menolong pengkaji-pengkaji dan tokoh-tokoh mashaf-mashaf Kitab Taurat dan Kitab Injil memperolehi banyak sekali pengesahan bagi kandungan serta ketepatan kandungan Kitab-kitab tersebut. Contohnya, terdapat mashaf Skrol Laut Mati Kitab nabi Yesaya (seperti di atas) yang kandungannya mirip sepenuhnya dengan kandungan dalam Kitab Yesaya umat Yahudi hari ini! Ini bererti keadaan teks dan nas Kitab Taurat, Zabur dan Nabi-Nabi Allah adalah TEPAT DAN TIDAK MENGALAMI PERUBAHAN SELAMA LEBIH KURANG 1,000 TAHUN. Kerana pakar-pakar dan tokoh-tokoh manuskrip telah menetapkan tarikh pencatatan Skrol-skrol Laut Mati itu kepada Tahun 100 Sebelum Masihi.

Ini bererti bahawa nubuat dan ramalan 'Hamba Allah yang Menderita' dari Kitab Nabi Yesaya fasal 53 diatas disahkan sudah wujud sekurang-kurangnya 100 TAHUN sebelum berlahirnya Sayidina Isa al-Masih. Mereka yang minat mendalami pengkajian mereka dalam ilmu ini boleh merujuk kepada buku 'How We Got the Bible ?' karya N.R. Lightfoot, 2003, Baker Books halaman 114-140.

Jadi, nubuat-nubaut seperti di ataslah yang dimaksudkan oleh sayidina Isa dan para hawariyun bila mereka memetik daripada Kitab Suci Taurat, Zabur dan Nabi-nabi Allah. Dan nas daripada Yesaya 53 itulah yang sesungguhnya diperkatakan oleh Simon Anak Yohanes dalam tulisan-tulisannya dan juga telah dirujuki sepenuhnya kepada sayidina Isa.

Apa pula ajaran dan pegangan Simon Petrus selepas itu? Apakah telah terjadi kepada pengikut Sayidina Isa yang terkenal ini sesudah beliau benar-benar insaf dan bertaubat kepada sabda pemimpin dan guru beliau ? Dengarlah kata-kata hawariyun Simon ibni Yohanes ini mengenai Al-Masih Isa, yang juga merupakan risalatnya kepada umat Allah bukan hanya pada zaman beliau tetapi juga cukup sahih untuk hari ini :

18 Kamu mengetahui bahawa untuk membebaskanmu daripada hidup sia-sia warisan nenek moyangmu, TEBUSANNYA bukanlah sesuatu yang dapat dibinasakan seperti perak atau emas

19 tetapi DEMI DARAH ISA AL-MASIH YANG AMAT BERHARGA, darah anak domba terpilih Allah yang tiada cacat calanya.

20 Peranan-Nya telah ditetapkan sebelum dunia dicipta, tetapi dinyatakan pada akhir zaman ini untukmu.

21 Melalui-Nya kamu beriman kepada Allah, yang telah membangkitkan-Nya daripada kematian dan memberi-Nya kemuliaan, supaya kamu beriman dan berharap kepada Allah.

1 Petrus 1 : 18 - 21

dan juga :

21 Justeru inilah telah kamu dipanggil, kerana Isa Almasih juga telah menderita untuk kita, memberi kita teladan, supaya kita menurut jejak langkah-Nya (seperti sabda Allah) :

 22 "Dia tidak melakukan dosa

Dan lidah-Nya tidak pernah berdusta."

(Nubuat dari Yesaya 53 ayat 5 - 9, ayat 9) 

23 APABILA BAGINDA DICELA, Dia tidak mencela kembali. Apabila Dia menderita, Dia tidak mengugut, tetapi menyerahkan Diri-Nya kepada Allah yang menghakimi dengan adil.

24 Dia menanggung dosa kita DALAM TUBUH-NYA SENDIRI DI ATAS SALIB, supaya kita dibebaskan daripada dosa dan dapat hidup menurut kehendak Allah. Bilur-bilurnya telah menyembuhkan kamu (-Nubuat Yesaya 53 ayat 5).

1 Petrus 2: 21-24

Jikalau DULUNYA, Simon ini telah cuba MENGHALANG gurunya, Isa al-Masih, daripada mengharungi kewafatan di atas Salib, sekarang, pendiriannya TELAH BERTUKAR DENGAN CUKUP RADIKALNYA! Kajilah kata-kata Simon anak Yohanes itu sendiri di atas! Simon sudah insaf dan sedar akan hakikat PENYALIBAN DAN KEWAFATAN ISA AL-MASIH dan juga bagaimana peristiwa itu adalah KEHENDAK ALLAH S.W.T. BAGI ISA dan Manusia sejagat. Beliau sudah pun memeluki kehendak Allah ini bagi Isa, dan Hawariyun ini telah mengajari hakikat penyaliban Isa kepada pengikut-pengikut Al-Masih Isa yang lain di seluruh Dunia!

Jikalau dahulunya terdapat kekeliruan dan kemusykilan pada hawariyun ini, sekarang segala kekhuatiran dan kecurigaannya sudah tidak ada lagi - dimusnahkan dan dirobohkan oleh kata-kata dan sabda Isa Al-Masih sendiri, serta oleh peristiwa PENYALIBAN BAGINDA yang benar-benar telah terjadi - sesuai dengan terkabulnya dan penggenapan firman dan kehendak Allah sendiri, serta dengan pengesahan hakikat dan fakta-fakta Sejarah. Syukur Alhamdulillah!

Saudara dan saudari yang dikasihi Allah, pertimbangkanlah kata-kata sayidina Isa serta  penjelasan baginda di atas ini. Janganlah biarkan pra-sangka dan salah-sangka anda mengkaburi fikiran dan jiwa anda tentang apa yang benar-benar telah diucapkan oleh baginda sendiri. Moga-moga Allah s.w.t. akan menganugerahi anda dengan nur dan hidayah-Nya kepada saudara!


Wassallam, saudara Baharom.

 


Index Utama